Monday 10 February 2014

Tolonglah Steve Darby mengerti!!

       Sekarang aku nak membuat ulasan pasal The Red Warrior pun betul betul rasa takde semangat. Sejak Steve Darby ni masuk, makin parah pulak dah dengan taktikal mengarutnya tu. Dia ingat TRW ni Arsenal atau Man U ke apa? Aku faham yang beliau ni cuba membawa perubahan, taknak nampak macam Hodak. Tapi err, mengertilah SD, TRW tak sesuai bermain dengan taktikal macam ni. Makin hari makin sedih pulak aku tengok prestasi TRW ni hurmm..

       Dua flanker sebagai  sayap serangan. Serangan bukan bermula dari tengah seperti kebiasaan. Tapi dari defend terus pada flanker. Jadi, 3 midfielder ni hanya sebagai support bila menyerang melalui flanker dan memberi kekangan bila pihak lawan mnyerang dari tengah. Strategi ini beri kelebihan pada bahagian tengah dimana ia mempunyai 3 supporter tetap dibahagian tengah bila menyerang dan diserang. Memang nampak dah cukup bagus. Tapi kelemahannya nya ialah TRW tak mempunyai kualiti passing/crosing dari defend dan sayap serta sentuhan pertama dari bahagian sayap dan striker yang tidak bagus semasa serangan. Ini adalah kelemahan dari segi teknik pemain. Dan di bahagian tengah yang sepatutnya menjadi supporter juga tidak menjadi kerana faktor stamina dan kekuatan dimana bahagian attacking (sayap dan penyerang) yang kerap hilang bola menyebabkan 3 midfielder ini terpaksa turun dan naik dengan lebih kerap. Serius memang kesian jugak tengok midfields yang perlu lebih berkerja keras. Sebab tu bagi aku SD ni kena guna taktikal yang lebih sesuai untuk player TRW ni. Biasa dan serasinya tak lain dah memang 4-4-2 je. 

      Kalau tengok pada rekod pertemuan TRW vs PKNS ni, memang peluang TRW lebih cerah untuk terus mara, tapi jangan lupa, TRW pernah kecundang dilaman sendiri oleh PKNS, dimalukan, diaibkan dihadapan para penyokong setia. Aku harap sangat hal macam ni takkan berulang. Memang sekarang TRW berada pada tahap kritikal. Semakin hilang penyokong, hilang kepercayaan penyokong, permainan hambar, membosankan. Mungkin semakin diambang kejatuhan. Apapun masih belum terlambat untuk kembali bangkit. Masih jauh untuk TRW melangkah dari terus jatuh. Selamanya The Red Warriors. 


No comments:

Post a Comment