Monday 25 November 2013

Katanya seorang Ramli.

     Sebagai fans MU yang tenang dan berakal, aku bertindak bijak dengan minum kopi pagi-pagi sambil baca newsfeed dengan senyuman. - Kata seorang Jeneral yang berotak genius juga seorang yang fanatik ekstrem dengan Team MU. 

     Jadi, aku nak kata apa lagi? Jen dah kabo lagu tu. Man U tetap utuh, power, angkuh, riak dan hebat! sukar dikikis hakikat itu dan sudah suratan takdir. kbye.

Saturday 23 November 2013

Team Power nak lalu!!

      Haii.. Dah lama aku tak mengarang. Makin malas dah aku ni. Entah saka apa lah yang dah bertapak dalam badan aku sampai jadi malas. Inipon tak tahu nak cerita pasal apa. Tapi bimbang jugak nanti labah labah makin besar kepala buat sarang kat sini.
      
       Merseyside Derby dah pun berlangsung. Tapi apa yang aku nak perkatakan disini, mana megahnya Merseyside Derby ni? Dua dua lemah dan bangang. Chelsea jugak yang tersengih sampai ke telinga dengan kepoweran Sturridge dan Lukaku. Jadi mana hebatnya Game Merseyside Derby ni? Yang aku nampak, buang masa je aku sebagai penyokong team Powersepanjang zaman ni tengok. GGMU!
       
        Paling lawak, aku tengok Suarez ni tak ubah macam copot. Terutama tang gigi kahkahkah Ok dah dah. Malas aku ulas game mengarut ni. Game power hanya di hari power. Dengan tambahan mata 1 sorang antara Everton dan Liverpool, dan kalau Man U menang bertemu Cardiff ayam ni, maknanya jarak makin dekat ke atas. Ehh, mesti menang punya lahhhhh. Puihh! Bersedia bersedia!!! Team power nak lalu. Kbye.
     

   

Sunday 27 October 2013

KEHEBATAN DUA RED! Part II

      Assalamualaikum haaa... aku datang balik, part I macam celaka buat penat je aku menaip, sekelip mata je hilang. Nak biol kepala aku perah otak, last last ghaib macam tu je. Setan betul! Nasib baik mood final menebal dalam sanubari hehehehe.

      Skuad kijang memang menepati ramalan banyak pihak bila sah sah tempah tiket ke final. Memang dah tak dapat dinafikan lagi dah kepoweran team kesayangan aku ni. Masuk ni, kali keempat dalam tempoh 5 tahun TRW ke pentas final. Bangga tak bangga tak? hnss hnss.. Pada aksi separuh akhir kedua di This Is Kota Bharu,  TRW dan ATM terikat dengan seri 2-2.Keputusan tu memang dah cukup padu dan kukuh untuk ke final selepas TRW  menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Selayang minggu lalu.Pada aksi masa pertama, ATM terlebih dulu mengasak kubu TRW menerusi kapten mereka Hai-O dan peledak berbisa, Marlon si Hitam pekat serupa Tun Mariappan dalam tempoh lima minit pertama perlawanan. TRW kembali bangkit dan hampir berjaya memecah kebuntuan gol, kapten Marvel iaitu Piya membuat rembatan namun berjaya diselamatkan penjaga gol ATM, Farizal pada minit ke-13.ATM bertambah semangat apabila Marlon meledak gol pertama The Gladiators pada minit ke-18.Marlon sekali lagi membuktikan sentuhan pemusnahnya semakin berbisa dengan menyumbang gol kedua ATM pada minit ke-35. Tapi haa tapi tapi nanti dulu.. Jangan nak cepat membongak yerr..

      Bersambung babak kedua, ternyata TRW handal mempermainkan perasaan lawan kahkahkah.Tempoh 10 minit terakhir perlawanan ternyata menjadi milik skuad Kijang yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang gantian Ultrafakriman pada minit ke-82. Aku sebenarnya kesian dengan Fakri ni. Dah lama mendambakan gol demi meraih kembali kepercayaan penyokong Kijang. Akhirnya pada masa yang sangat tepat dan terdesak Fakri muncul menjadi hero..Dah puas dia makan kutukan dan cacian, tapi tabah betul dia ekk.. Piya terus menggamatkan stadium keramat This Is Kota Bharu apabila menjaringkan gol kedua selang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3. Seterusnya menempah tiket untuk TRW mara ke final. Engkorang nampak tak betapa angkuhnya cara TRW mengecewakan ATM? Yang paling aku nak tekankan disini adalah fans JDT since 2013 yang beria- ia menyokong ATM. Haaa sekarang fans bangang ni nak sokong sapa pulak? Bujang senang pun dah kelaut. Dari awal lagi aku dah bajet Kumpulan C yang akan ke final sebab dalam Kumpulan C je yang power power. Aku syak ATM dan Ngap Sayot kalah jugak ada sangkut paut dengan suwey sebab JDT yang sokong depa. Bertabahlah. This Is Pantai Timur hebat tiada tara!!

      Lagi satu aku nak cerita ni pasal satu lagi team Reds yang memang diketahui umum Power sampai kiamat tak lain tak bukan The Red Devils. Aku dah lama perati, Dua REDS ni sentiasa bergerak seiring, kalau TRW menang, TRD pun mesti menang, begitu jugak kalau kalah atau seri, perasan tak? ahh haters ape tau.. kenapa hebat sangat ni kenapa? kenapaa?? cara mempermainkan perasaan lawan pun dah hampir sama. Babak babak terakhir perlawanan jugak lah mereka bangkit mengeluarkan bisa dan sengat, tapi tak lah sampai semua, sikit je. Maklum lah, setakat Stoke City apedehal. Masa tu kalau tengokkan keriakkan muka fans Stoke City memang banganglah riaknya. Aku memang teruja sangat sangat tengok hero kesayangan yang kacak bergaya si Robin Van Persie ni hnss hnss. Minit ke-42 RVP membuat jaringan yang aku percaya menggusarkan hati pihak lawan. Ternyata gol seawal minit ke-3 dari Peter Crouch tak menjamin keselesaan apa apa. Tapi mereka gigih mengejar cuba untuk meninggalkan Menyu bila Marko Arnautovic menambah jaringan 2 minit selepas RVP menjaringkan gol untuk Menyu. Tapi kalau dah nama pun PowerSampaiKiamat, tetaplah power.. Masuk masa kedua, TRD makin garang, seterusnya errr aku bagi ulasan simple jelah ye, malasnyeee.. Taip panjang panjang pun tak guna jugak yang kalah tetap kalah dah kahkahkah. Rooney minit ke-77 pastu Javier Hernandez minit ke-79 menambah duka Stoke City kehkehkeh.

       Nampak tak? nampak tak? Nak suruh aku kata apa lagi, dua team ni memang tersangatlah power yang selalu menghampakan harapan haters haters diluar sana terutama JDTFans since 2013 tu. Dasar lalank! pegilah engkorang sembam muka kat lubang jamban sampai 2014. Eiii padan muka pui! Apepun tahniah This Is Pantai Timur!!! Selamat berkonvoi ke Shah Alam! Gomo Kelate Gomo! Hogoh Pahang Hogoh!! Yuh Ayuh!











Saturday 26 October 2013

KEHEBATAN DUA RED! Part I :(

     Assalamualaikum.. Hurmm ni aku menulis dalam ketensionan. Aku sebenarnya dah taip panjang giler kat tajuk ni. Berjela jela, habis semua idea aku curahkan, sampai masa aku nak klik post, tetiba je setan tab aku ni jadi restart. Habis hilang segalanya. Arghhh down betul!!!

     Habis apa yang aku nak karutkan lagi ni? Semua pasal The Red Warriors dengan The Red Devils yang aku huraikan, hilang macam tu aje. Ni lain dah yang ada dalam kepala aku. Setannyaaaaa!!! Arghhhhh!!!! Benci!!!

      Sambung lain kali ahhhh!!! Jilake betul!! Puihhh!!!

Sunday 6 October 2013

K6HK6HK6H K1HK1HK1H


   Salam 6-1 haii..  Hampir berhabuk dah blog aku ni. Tapi malas la nak cakap banyak. Salam 6-1 sekali lagi kihkihkih.. Aku just nak cakap.. Tahniah Kijang.. JDTBobo see u next season. Cuba lagi, moral of the story, sila jangan berlagak.

sini ada 2 pantun khas untuk JDT:

Masuk hutan cari gaharu,
Singgah sebentar makan labu,
JDT menangis di Kota Bharu,
Mat Yo menyanyi tidak berlagu.

Dari Johor singgah di Tangkak,
Singgah di Tangkak bermain congkak,
Baru 4 gol sudah berlagak,
kena 6 gol balik merangkak.
kbye.

            "KIJANG KENYANG 6 HARI, HARIMAU MATI BERDARAH HIDUNG"

Saturday 28 September 2013

Saya tak bodoh saya tak bodoh!!


     Sebelum aku mula buat karangan PMR ni, Al-Fatihah buat big boss KAFA, moga cepat sembuh. Tengok gambar kat atas ni tetiba aku rasa nak marah bercampur menahan gelak. Kesetanan apa muka Ecah longkang ni jadi Catwoman hah? kahkahkah bangang betei!. Macam biasa, Game TRW vs JDT selalu tercipta kontroversi. Banyak yang aku tak puas hati. sampai takleh nak hadam dah dalam perut ni dengan perangai bangang JDT.

    Dari perangai penonton yang macam bangang, sampailah ke pengurusan, serba serbi mengong. Dari mana aku nak mula ni hnss hnss! Okay seawal masa pertama aku mula percaya kata kata member aku yang game semalam tuan rumah wajib menang. Tengokkan gaya defend Ya Rabbi.. Aku macam tak caye yang defend wujud semalam. Start dengan Obinna, Shakir, ehh amenda lahh, depan gawang kelantan sunyi sepi. Takde orang bekap langsung si Apek chin. memang dah pelik ketara sangat dah bila sume defend berada kat tengah padang je banyak, dah la tak melawan langsung, masa pertama memang ketara sangat la dorang ni tak attack langsung. Pulak tu Daudsu pun takde, lagi la bangang.

      Pastu aku perati pulak Farhan, Piya, ehh tah nape lah dorang ni semalam, langsung tak berfungsi, posisi memasing memang berterabur, Farhan pun nampak benar lah sengaja main kat tengah je. Obinna pun banyak berada kat atas je, Dickson pun pemalas je nampak, kejar bola kemain, sampai depan gawang kelaut! pelik2. Tapi ape nak hairan? ini kan game yang ada timbal balik, lainlah kalau game tu kalah mati, memang jahanam la JDTBobo semalam jawabnya. Banyak peluang terhidang depan mata sia sia je.

     Yang paling aku tak tahan, ni first time aku jumpa situasi Reff Linesman yang injured. Kahkahkah, Woi kebangangan jenis ape ni hah? Linesman natang ape kalau takleh handle game 90 minit? kaki pun buleh cramp. jilake ahh! Natang FAMBangsat ni tak habis2 bengong. FAMBangsatsampaikiamat!

     Masuk masa kedua baru aku nampak game sebenar, penguasaan bola banyak berpihak pada TRW, Tapi aku memang sakit hati la dengan Pengurusan Laken, selama ni kemana saja Sep Gendang sentiasa dibelakang.. Tapi entah nape Laken tak benarkan. Macam tau je paluan gendang itulah semangat TRW selama ni. Paling membencikan bila B.O.S kepala bana sengaja mengdownkan Player TRW dengan menyanyikan lagu Yuh Ayuh untuk JDT. Binatang! Bekal yang dibawa tipis, jangan nak bongkak sangat puihh! 

    Kemon la, 3 game semalam semua tuan rumah menang, kecuali Sarawak je seri, tu pun sebab Bookie yang dah kantoi gara2 game perak tempoh hari. Sape suruh bodo sangat. Jahanam betei Bookie. Hancurlah tak lama lagi Bolasepak Malaysia ni. Dah memang tak buleh hapus dah selagi FAMBangsatsampaikiamat tak bertukar pengurusan.. Kau tunggu la JDTBobo! We will see uols in Kota Bharu. Ini stadium keramat kami, Bookie pun tak buleh tembus! This Is Kota Bharu.

    Kesimpulannya SAYA TAK BODOH! SAYA TAK BODOH! SAYA TAK BODOH! JANTAN DAYUS TEAM! Puihhh! Pegi meninggal sane lahh JDTBobo!

Sunday 22 September 2013

GGMU!! Haters dan lalang boleh meninggal!

    Sejak lepas Derby game semalam, aku memang rileks je, tapi otak aku ligat berputar. Sampaikan nak tido pun susah gara gara kuat memikir. bukan ape, aku tengah berfikir apa alasan yang logik nak bagi dekat bos aku supaya nanti masuk keje terhindar dari kena menganjing ngan bos aku. Dia lalang! ahh bangang, Aku ingat lagi memula aku masuk keje, terpampang mafla MU kat dinding opis, tersenyum lebar masa tu ingatkan dia macam aku. Sampai dalam mimpi pun aku kena menganjing dengan setan. Ada ke patut aku mimpi Lampard ketuk pintu bilik aku dengan kuat berkali2. Astaga rupanya mak aku yang ketuk pintu kejut aku bangun subuh. Rupanya real ada orang ketuk pintu. hurmm.
   
    Done! Aku dah dapat idea macamana nak mengelak dari mulut puaka bos aku. Perkara utama adalah, aku perlu masuk keje lewat. Konpem la aku kena bebel gara2 lambat masuk, jadi dia dah lupa pasal kejadian buruk ni kahkahkah. Lepas tu Earphone! Aku sebenarnya memang tak suka pakai earphone ni. sakit telinga. selalunya aku pakai Headphone jenama Pioneer kesayangan aku tu je. Tapi nampaknya macam biasa, taktik earphone ni memang berkesan. Masuk je opis, muka bos aku kelihatan selambe je. Aik?? konpius jugak ni hnss hnss. Tapi takpe aku pun wat dono jelah.

   Bohong la kalau aku kata aku tak kecewa. Grrr geram aku nak ungkapkan jugak In Moyes We Frust ni. Hurmm tapi apakan daya, bukan salah Moyes, corak permainan memang hambar sangat, pertahanan sentiasa bolos. Aku nampak Welbeck ngan Rooney je yang terkial2 berusaha dengan gigih. Bertubi2 menyerang gawang MC. Yang lain ni pehal? terutama Fellaini rambut kembang ni. Sampaikan aku pun tak perasan dia dapat bola ke tak semalam.  Macam takde pun ye jugak. Yang pasti MU memang rapuh dan kelaut tanpa RVP. Apakan daya, dia tak turun kerana kecederaan. Kalau tak MC yg akan mc hari ni, jadi sayur!
   
   Ni antara kata kata Moyes beberapa jam selepas perlawanan.. "Jika ada sekumpulan pemain yang saya harapkan bertindak balas selepas kekalahan, itu adalah para pemain Manchester United. Saya yakin mereka akan bertindak balas dan itulah yang akan mereka lakukan. Setiap pengurus mempunyai hari buruk dan hasil yang buruk. Saya tidak berbeza dan sama seperti yang lain.'' Buat aku rasa terharu dengan kata kata Moyes.

    Setakat kalah game semalam, belum buleh menggugat rekod 20 Mu laa. Jadi ade aku kesah? Haters dan lalang buleh pegi meninggal. Ayuh bangkit lagi! Liberfool, ko tunggu ko tunggu! GGMU!! GGMU!! MUPowerSepanjangZaman. kbye.







Saturday 21 September 2013

Dua Manchester bakal bertumbok lagi.!! Ayuh GGMU!


     Malam nanti sekali lagi aku bakal gugup menyaksikan dua Manchester berentap, bukan tak biasa bertumbok pun, tapi tetap jugak gugup. Manchester derby adalah jolokan yang diberikan kepada perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Manchester City..

     Kalau diikut pada sejarah pertemuan sejak dulu,  Keduanya memiliki rekod kehadiran penonton tertinggi dalam sejarah bolasepak England - City pada tahun 1934 dengan 84,569 dan United dengan 83,260 pada 1948, ironinya di Maine Road disebabkan Old Trafford dibom semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan antara dua kelab ini lebih dianggap sebagai permusuhan dalam sukan bolasepak. Ok stop cite pasal sejarah, Dah la aku menyampah dengan subjek sejarah. melalut pasal sejarah pulak, mengong!

     Masuk terus jelah era milenium. Pada masa millenium ni, Manchester derby disajikan dengan kemuncak persengketaan antara Roy Keane dan Alf-Inge Haaland. Sengketa bermula pada 1998 apabila Keane mengalami kecederaan ligamen selepas dijatuhkan oleh Haaland yang ketika itu bermain dengan Leeds United (juga seteru tradisi United). Ketika Keane terbaring di atas padang, Haaland menuduh pentipu sebab beliau pura-pura mengalami kecederaan. Tiga tahun kemudian dalam perlawanan derby April 2001, Keane membuat terjahan keras paras lutut terhadap Haaland dan dilayangkan surat cinta kaler merah. Ia berakhir dengan seri 1-1; United telah bergelar juara liga dan City semakin hampir kepada penyingkiran selepas keputusan seri tersebut. Ok tutup cite terus jelah pasal rekod pertemuan dorang ni. Dah separuh cite baru pasal rekod, ciss!

     Mood malas aku ni ada sisa lagi sebenarnya, dalam 75%. Sebab tu aku keluar isu sejarah je, Dah habis game baru otak aku ligat sikit. Tapi yang aku cuba nak perkatakan sekarang, Moyes mendedahkan bahawa ketika ini dia masih lagi mempercayai gandingan Nemanja Vidic - Rio Ferdinand di barisan utama pertahanan United kerana menurut Moyes kecergasan dua pemain senior ini masih lagi baik,  Namun Moyes janji yang dirinya akan bagi can kepada pemain pertahanan yang lain jugak cam  Jonny Evans, Phil jones dan Chris Smalling. Jadi kita tengok jelah aksi malam ni camne. In moyes we trust! Aku tetap jugak dengan VanPersiePowersepanjangzaman. GGMU!!!

 
     
  

Alhamdulillah walaupun sukar!!

  Sebelum aku panjang lebar, firstly Alhamdulillah syukur kerana KelantanPowerSepanjangZaman berjaya mara ke suku akhir. Bakal bertemu JDT masa paling aku tunggu tunggu sangat.
 
     Kalau dilihat sebenarnya memang aku tak nafikan laluan Kelantan sungguh mencabar. Walaupun pertemuan menentang Tok Gajah malam tadi boleh dikatakan kenduri gol, tapi bagi aku sungguh mencabar kerana cabaran sebenar adalah dengan skuad Jang hoben. Andai berkeputusan seri, jawabnya say babai road to final la hewhew. Tapi betul jugak bisikan bisikan member member aku ni. Kalau kelantan gagal ke final, laku ke tiket nanti? Menongkat dagu jugak FAMbangsatsampaikiamat nanti.

    Aku kirakan kutukan aku pada Dickson ni power la jugak sampai tetiba prestasi dia naik mencanak. Tak macam selalunya. Main macam lipas kudung, sampai je depan gawang, bergolek la terguling la. Amendeeee la si dickson ni. Tapi malam ni dia bagaikan dirasuk saka kereta kebal rejim bassyar pulak. Hehehehe syabas bettey!

    Yang paling buat aku tido dalam senyuman nanti adalah sebab team taraf club yang palsu amat, bobo selatan yang diayam2kan oleh team  club ori dari Selangor, PKNS kahkahkah. Memang kebal betul gawang PKNS. Tabik la keeper PKNS. Kemenangan PKNS malam ni mampu menutup mulut bangang bangang selatan yang selalu membising berlagak dan angkuh untuk seketika. Malangnya dengan Team bobo ni lah Kelantan akan bertemu terlebih dahulu di suku akhir. Hurmmm siap kau! Aku nak start kumpul ayat maki dah bermula dari sekarang kahkahkah. Gudnite zzzz

Friday 20 September 2013

Sebuah lagu yang bisa bertukar menjadi puisi

"Wake Me Up When September Ends"

Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends

like my father's come to pass
seven years has gone so fast
wake me up when September ends

here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are

as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends

summer has come and passed
the innocent can never last
wake me up when September ends

ring out the bells again
like we did when spring began
wake me up when September ends

here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are

as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends

Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends

like my father's come to pass
twenty years has gone so fast
wake me up when September ends
wake me up when September ends
wake me up when September ends

Selamanya TRW!!!

 

    Malam ni adalah penentuan ke Suku akhir..Walaupun menang masa bertemu Terengganu, tapi aku tak rasa ini adalah laluan mudah buat Skuad kijang.. Perlawanan tempoh hari betul2 buat aku hampa dan kecewa, corak permainan yang hambar, malas, bosan dan entah pape buat aku bertambah gusar. Misi malam ni adalah misi wajib menang, kalau seri sekalipun dah takde makna apa apa. jawabnya misi akan berkubur serupa misi33 Selangor yang dah hilang sengat sejak dari awal saingan Piala Malaysia. Ahh lupakan misi 33 yang dah meninggal tu.
   Aku paling tak faham, kenapa taktikal bojan sekarang kelihatan berterabur? memang tak dinafikan bertukar tukar posisi pemain banyak kebaikannya, tapi aku langsung tak nampak apa fungsi Fakri atas padang, Bojan nak jadi serupa Gopal dengan Copot agaknya.
   Lagi satu, Dickson, Ahh Dickson... Stail bergerak secara solo dia yang banyak mengingatkan aku pada Ghaddar dulu, Masalahnya, walaupun Ghaddar dulu seorang yang tamak, tapi jarang menghampakan, kebanyakan pasti gol penyudahnya, Tapi Dickson ni walaupun tendangan nya padu, sampai je depan gol, pasti kelaut, tersasar, rebah, tergolek, terguling, ahh macam macam lah. Dia kena belajar skill sebagai pemain tengah jugak, bukan penyerang je. Tengok macam piya, semua posisi boleh. Tapi kalau sebagai keeper tu tak pasti la pulak hew hew.
  Pepun harapan aku tetap teguh semoga TRW masih mampu kekalkan piala kat bumi kelantan tercinta ni. Memang ramai berbisik bisik seolah dah takde harapan, ayat penyedap aku biasa dengar sejak kebelakangan ni " bagi la orang lain plak pegi Final, kita tengok stadium penuh ke tidak". Hurmmm


Thursday 19 September 2013

Haill RVP!!!

“Everything starts with being confident on the ball and trying to look for that pass in front, that’s what we did and that’s why we scored.” - Robin Van Persie
Hurmm tak sabar aku nak tengok RVP ayam2kan meksiti. hew hew hew

Manchester City vs Manchester United Sunday 22 September 2013

My Superhero

    Saban minggu aku tak sabar menunggu kehadiran hero kacak macho dan taff datang menjenguk wajah aku, Ahh aku dah tak boleh tahan bila agaknya dia nak guna kuasa dia sepenuhnya? dah sampai berapa season masih jugak nak permainkan perasaan aku. Aku pun ada batas kesabaran jugak. Tapi nasib baik la tiap kali pandang wajah dia hati aku cepat rasa sejuk.
   Sebenarnya jauh beza kalau nak dibanding wajahnya dulu dengan sekarang, dulu aku nampak dia masih jambu seperti gay pun ada, macam tak sesuai je jadi hero. Tapi takpe, disebabkan dia semakin macho, dan terserlah kelelakiannya, jadi aku akan teruskan menunggu tanpa jemu. takut juga sampai masa terpaksa berpisah ngan dia. hurmm




Kihkihkih

Assalamualaikum... testing