Sunday 27 October 2013

KEHEBATAN DUA RED! Part II

      Assalamualaikum haaa... aku datang balik, part I macam celaka buat penat je aku menaip, sekelip mata je hilang. Nak biol kepala aku perah otak, last last ghaib macam tu je. Setan betul! Nasib baik mood final menebal dalam sanubari hehehehe.

      Skuad kijang memang menepati ramalan banyak pihak bila sah sah tempah tiket ke final. Memang dah tak dapat dinafikan lagi dah kepoweran team kesayangan aku ni. Masuk ni, kali keempat dalam tempoh 5 tahun TRW ke pentas final. Bangga tak bangga tak? hnss hnss.. Pada aksi separuh akhir kedua di This Is Kota Bharu,  TRW dan ATM terikat dengan seri 2-2.Keputusan tu memang dah cukup padu dan kukuh untuk ke final selepas TRW  menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Selayang minggu lalu.Pada aksi masa pertama, ATM terlebih dulu mengasak kubu TRW menerusi kapten mereka Hai-O dan peledak berbisa, Marlon si Hitam pekat serupa Tun Mariappan dalam tempoh lima minit pertama perlawanan. TRW kembali bangkit dan hampir berjaya memecah kebuntuan gol, kapten Marvel iaitu Piya membuat rembatan namun berjaya diselamatkan penjaga gol ATM, Farizal pada minit ke-13.ATM bertambah semangat apabila Marlon meledak gol pertama The Gladiators pada minit ke-18.Marlon sekali lagi membuktikan sentuhan pemusnahnya semakin berbisa dengan menyumbang gol kedua ATM pada minit ke-35. Tapi haa tapi tapi nanti dulu.. Jangan nak cepat membongak yerr..

      Bersambung babak kedua, ternyata TRW handal mempermainkan perasaan lawan kahkahkah.Tempoh 10 minit terakhir perlawanan ternyata menjadi milik skuad Kijang yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang gantian Ultrafakriman pada minit ke-82. Aku sebenarnya kesian dengan Fakri ni. Dah lama mendambakan gol demi meraih kembali kepercayaan penyokong Kijang. Akhirnya pada masa yang sangat tepat dan terdesak Fakri muncul menjadi hero..Dah puas dia makan kutukan dan cacian, tapi tabah betul dia ekk.. Piya terus menggamatkan stadium keramat This Is Kota Bharu apabila menjaringkan gol kedua selang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3. Seterusnya menempah tiket untuk TRW mara ke final. Engkorang nampak tak betapa angkuhnya cara TRW mengecewakan ATM? Yang paling aku nak tekankan disini adalah fans JDT since 2013 yang beria- ia menyokong ATM. Haaa sekarang fans bangang ni nak sokong sapa pulak? Bujang senang pun dah kelaut. Dari awal lagi aku dah bajet Kumpulan C yang akan ke final sebab dalam Kumpulan C je yang power power. Aku syak ATM dan Ngap Sayot kalah jugak ada sangkut paut dengan suwey sebab JDT yang sokong depa. Bertabahlah. This Is Pantai Timur hebat tiada tara!!

      Lagi satu aku nak cerita ni pasal satu lagi team Reds yang memang diketahui umum Power sampai kiamat tak lain tak bukan The Red Devils. Aku dah lama perati, Dua REDS ni sentiasa bergerak seiring, kalau TRW menang, TRD pun mesti menang, begitu jugak kalau kalah atau seri, perasan tak? ahh haters ape tau.. kenapa hebat sangat ni kenapa? kenapaa?? cara mempermainkan perasaan lawan pun dah hampir sama. Babak babak terakhir perlawanan jugak lah mereka bangkit mengeluarkan bisa dan sengat, tapi tak lah sampai semua, sikit je. Maklum lah, setakat Stoke City apedehal. Masa tu kalau tengokkan keriakkan muka fans Stoke City memang banganglah riaknya. Aku memang teruja sangat sangat tengok hero kesayangan yang kacak bergaya si Robin Van Persie ni hnss hnss. Minit ke-42 RVP membuat jaringan yang aku percaya menggusarkan hati pihak lawan. Ternyata gol seawal minit ke-3 dari Peter Crouch tak menjamin keselesaan apa apa. Tapi mereka gigih mengejar cuba untuk meninggalkan Menyu bila Marko Arnautovic menambah jaringan 2 minit selepas RVP menjaringkan gol untuk Menyu. Tapi kalau dah nama pun PowerSampaiKiamat, tetaplah power.. Masuk masa kedua, TRD makin garang, seterusnya errr aku bagi ulasan simple jelah ye, malasnyeee.. Taip panjang panjang pun tak guna jugak yang kalah tetap kalah dah kahkahkah. Rooney minit ke-77 pastu Javier Hernandez minit ke-79 menambah duka Stoke City kehkehkeh.

       Nampak tak? nampak tak? Nak suruh aku kata apa lagi, dua team ni memang tersangatlah power yang selalu menghampakan harapan haters haters diluar sana terutama JDTFans since 2013 tu. Dasar lalank! pegilah engkorang sembam muka kat lubang jamban sampai 2014. Eiii padan muka pui! Apepun tahniah This Is Pantai Timur!!! Selamat berkonvoi ke Shah Alam! Gomo Kelate Gomo! Hogoh Pahang Hogoh!! Yuh Ayuh!











No comments:

Post a Comment