Monday 10 February 2014

Tolonglah Steve Darby mengerti!!

       Sekarang aku nak membuat ulasan pasal The Red Warrior pun betul betul rasa takde semangat. Sejak Steve Darby ni masuk, makin parah pulak dah dengan taktikal mengarutnya tu. Dia ingat TRW ni Arsenal atau Man U ke apa? Aku faham yang beliau ni cuba membawa perubahan, taknak nampak macam Hodak. Tapi err, mengertilah SD, TRW tak sesuai bermain dengan taktikal macam ni. Makin hari makin sedih pulak aku tengok prestasi TRW ni hurmm..

       Dua flanker sebagai  sayap serangan. Serangan bukan bermula dari tengah seperti kebiasaan. Tapi dari defend terus pada flanker. Jadi, 3 midfielder ni hanya sebagai support bila menyerang melalui flanker dan memberi kekangan bila pihak lawan mnyerang dari tengah. Strategi ini beri kelebihan pada bahagian tengah dimana ia mempunyai 3 supporter tetap dibahagian tengah bila menyerang dan diserang. Memang nampak dah cukup bagus. Tapi kelemahannya nya ialah TRW tak mempunyai kualiti passing/crosing dari defend dan sayap serta sentuhan pertama dari bahagian sayap dan striker yang tidak bagus semasa serangan. Ini adalah kelemahan dari segi teknik pemain. Dan di bahagian tengah yang sepatutnya menjadi supporter juga tidak menjadi kerana faktor stamina dan kekuatan dimana bahagian attacking (sayap dan penyerang) yang kerap hilang bola menyebabkan 3 midfielder ini terpaksa turun dan naik dengan lebih kerap. Serius memang kesian jugak tengok midfields yang perlu lebih berkerja keras. Sebab tu bagi aku SD ni kena guna taktikal yang lebih sesuai untuk player TRW ni. Biasa dan serasinya tak lain dah memang 4-4-2 je. 

      Kalau tengok pada rekod pertemuan TRW vs PKNS ni, memang peluang TRW lebih cerah untuk terus mara, tapi jangan lupa, TRW pernah kecundang dilaman sendiri oleh PKNS, dimalukan, diaibkan dihadapan para penyokong setia. Aku harap sangat hal macam ni takkan berulang. Memang sekarang TRW berada pada tahap kritikal. Semakin hilang penyokong, hilang kepercayaan penyokong, permainan hambar, membosankan. Mungkin semakin diambang kejatuhan. Apapun masih belum terlambat untuk kembali bangkit. Masih jauh untuk TRW melangkah dari terus jatuh. Selamanya The Red Warriors. 


Tuesday 4 February 2014

Apa Nak Jadi laaa

      Salam. Masuk bulan kedua tahun 2014, bermakna dah lama aku tak apdet. Terasa kosong kepala hotak. Lagi lagi memikirkan rona kehidupan yang penuh kecelaruan. Dari segenap segi. Dah lah berapa lama hari tu bola cuti. Itu yang aku jadi blur.

      Ada kisah sedih nak aku luahkan disini. K sambung lagi hiks!

Monday 25 November 2013

Katanya seorang Ramli.

     Sebagai fans MU yang tenang dan berakal, aku bertindak bijak dengan minum kopi pagi-pagi sambil baca newsfeed dengan senyuman. - Kata seorang Jeneral yang berotak genius juga seorang yang fanatik ekstrem dengan Team MU. 

     Jadi, aku nak kata apa lagi? Jen dah kabo lagu tu. Man U tetap utuh, power, angkuh, riak dan hebat! sukar dikikis hakikat itu dan sudah suratan takdir. kbye.

Saturday 23 November 2013

Team Power nak lalu!!

      Haii.. Dah lama aku tak mengarang. Makin malas dah aku ni. Entah saka apa lah yang dah bertapak dalam badan aku sampai jadi malas. Inipon tak tahu nak cerita pasal apa. Tapi bimbang jugak nanti labah labah makin besar kepala buat sarang kat sini.
      
       Merseyside Derby dah pun berlangsung. Tapi apa yang aku nak perkatakan disini, mana megahnya Merseyside Derby ni? Dua dua lemah dan bangang. Chelsea jugak yang tersengih sampai ke telinga dengan kepoweran Sturridge dan Lukaku. Jadi mana hebatnya Game Merseyside Derby ni? Yang aku nampak, buang masa je aku sebagai penyokong team Powersepanjang zaman ni tengok. GGMU!
       
        Paling lawak, aku tengok Suarez ni tak ubah macam copot. Terutama tang gigi kahkahkah Ok dah dah. Malas aku ulas game mengarut ni. Game power hanya di hari power. Dengan tambahan mata 1 sorang antara Everton dan Liverpool, dan kalau Man U menang bertemu Cardiff ayam ni, maknanya jarak makin dekat ke atas. Ehh, mesti menang punya lahhhhh. Puihh! Bersedia bersedia!!! Team power nak lalu. Kbye.
     

   

Sunday 27 October 2013

KEHEBATAN DUA RED! Part II

      Assalamualaikum haaa... aku datang balik, part I macam celaka buat penat je aku menaip, sekelip mata je hilang. Nak biol kepala aku perah otak, last last ghaib macam tu je. Setan betul! Nasib baik mood final menebal dalam sanubari hehehehe.

      Skuad kijang memang menepati ramalan banyak pihak bila sah sah tempah tiket ke final. Memang dah tak dapat dinafikan lagi dah kepoweran team kesayangan aku ni. Masuk ni, kali keempat dalam tempoh 5 tahun TRW ke pentas final. Bangga tak bangga tak? hnss hnss.. Pada aksi separuh akhir kedua di This Is Kota Bharu,  TRW dan ATM terikat dengan seri 2-2.Keputusan tu memang dah cukup padu dan kukuh untuk ke final selepas TRW  menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Selayang minggu lalu.Pada aksi masa pertama, ATM terlebih dulu mengasak kubu TRW menerusi kapten mereka Hai-O dan peledak berbisa, Marlon si Hitam pekat serupa Tun Mariappan dalam tempoh lima minit pertama perlawanan. TRW kembali bangkit dan hampir berjaya memecah kebuntuan gol, kapten Marvel iaitu Piya membuat rembatan namun berjaya diselamatkan penjaga gol ATM, Farizal pada minit ke-13.ATM bertambah semangat apabila Marlon meledak gol pertama The Gladiators pada minit ke-18.Marlon sekali lagi membuktikan sentuhan pemusnahnya semakin berbisa dengan menyumbang gol kedua ATM pada minit ke-35. Tapi haa tapi tapi nanti dulu.. Jangan nak cepat membongak yerr..

      Bersambung babak kedua, ternyata TRW handal mempermainkan perasaan lawan kahkahkah.Tempoh 10 minit terakhir perlawanan ternyata menjadi milik skuad Kijang yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang gantian Ultrafakriman pada minit ke-82. Aku sebenarnya kesian dengan Fakri ni. Dah lama mendambakan gol demi meraih kembali kepercayaan penyokong Kijang. Akhirnya pada masa yang sangat tepat dan terdesak Fakri muncul menjadi hero..Dah puas dia makan kutukan dan cacian, tapi tabah betul dia ekk.. Piya terus menggamatkan stadium keramat This Is Kota Bharu apabila menjaringkan gol kedua selang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3. Seterusnya menempah tiket untuk TRW mara ke final. Engkorang nampak tak betapa angkuhnya cara TRW mengecewakan ATM? Yang paling aku nak tekankan disini adalah fans JDT since 2013 yang beria- ia menyokong ATM. Haaa sekarang fans bangang ni nak sokong sapa pulak? Bujang senang pun dah kelaut. Dari awal lagi aku dah bajet Kumpulan C yang akan ke final sebab dalam Kumpulan C je yang power power. Aku syak ATM dan Ngap Sayot kalah jugak ada sangkut paut dengan suwey sebab JDT yang sokong depa. Bertabahlah. This Is Pantai Timur hebat tiada tara!!

      Lagi satu aku nak cerita ni pasal satu lagi team Reds yang memang diketahui umum Power sampai kiamat tak lain tak bukan The Red Devils. Aku dah lama perati, Dua REDS ni sentiasa bergerak seiring, kalau TRW menang, TRD pun mesti menang, begitu jugak kalau kalah atau seri, perasan tak? ahh haters ape tau.. kenapa hebat sangat ni kenapa? kenapaa?? cara mempermainkan perasaan lawan pun dah hampir sama. Babak babak terakhir perlawanan jugak lah mereka bangkit mengeluarkan bisa dan sengat, tapi tak lah sampai semua, sikit je. Maklum lah, setakat Stoke City apedehal. Masa tu kalau tengokkan keriakkan muka fans Stoke City memang banganglah riaknya. Aku memang teruja sangat sangat tengok hero kesayangan yang kacak bergaya si Robin Van Persie ni hnss hnss. Minit ke-42 RVP membuat jaringan yang aku percaya menggusarkan hati pihak lawan. Ternyata gol seawal minit ke-3 dari Peter Crouch tak menjamin keselesaan apa apa. Tapi mereka gigih mengejar cuba untuk meninggalkan Menyu bila Marko Arnautovic menambah jaringan 2 minit selepas RVP menjaringkan gol untuk Menyu. Tapi kalau dah nama pun PowerSampaiKiamat, tetaplah power.. Masuk masa kedua, TRD makin garang, seterusnya errr aku bagi ulasan simple jelah ye, malasnyeee.. Taip panjang panjang pun tak guna jugak yang kalah tetap kalah dah kahkahkah. Rooney minit ke-77 pastu Javier Hernandez minit ke-79 menambah duka Stoke City kehkehkeh.

       Nampak tak? nampak tak? Nak suruh aku kata apa lagi, dua team ni memang tersangatlah power yang selalu menghampakan harapan haters haters diluar sana terutama JDTFans since 2013 tu. Dasar lalank! pegilah engkorang sembam muka kat lubang jamban sampai 2014. Eiii padan muka pui! Apepun tahniah This Is Pantai Timur!!! Selamat berkonvoi ke Shah Alam! Gomo Kelate Gomo! Hogoh Pahang Hogoh!! Yuh Ayuh!











Saturday 26 October 2013

KEHEBATAN DUA RED! Part I :(

     Assalamualaikum.. Hurmm ni aku menulis dalam ketensionan. Aku sebenarnya dah taip panjang giler kat tajuk ni. Berjela jela, habis semua idea aku curahkan, sampai masa aku nak klik post, tetiba je setan tab aku ni jadi restart. Habis hilang segalanya. Arghhh down betul!!!

     Habis apa yang aku nak karutkan lagi ni? Semua pasal The Red Warriors dengan The Red Devils yang aku huraikan, hilang macam tu aje. Ni lain dah yang ada dalam kepala aku. Setannyaaaaa!!! Arghhhhh!!!! Benci!!!

      Sambung lain kali ahhhh!!! Jilake betul!! Puihhh!!!